Search This Blog

Thursday, April 14, 2011

Kenangan Lalu

Assalamualaukum w.b.t

Lama rasanya tak update pape kat sini. Tadi (Khamis 14.4.2011) masa aku tengah jalan kaki nak pergi pejabat terserempak dengan sorang Ibu ni. Anak dia tengah nangis mintak sesuatu. Bila dapat melompat budak tu. Aku tengok muka Ibu ni senyum je.

Teringat masa aku sekolah menengah dulu. Ye la remaja kan. Kawan-kawan ada barang-barang yang best aku pun nak jugak.. Satu hari ada orang datang rumah jual baju ngan kain-kain. Aku punya merengek kat Mak nak jugak baju tu. Mak aku cakap kalau beli untuk kak long, adik-adik yang lain pun nak jugak. Tapi aku berkeras nak jugak. Padahal aku tahu masa tu emak aku tak cukup duit. Ye la kami ni orang susah. Oleh sebab aku dah merajuk bagai nak rak. Mak beli jugak baju tu.

Sekarang ni bila kenang kan balik. Aku jadi sedih. Nape la aku ni degil sangat.
Sob2...Sob2..